8 June 2010

Bayi Bungkus


i was one of this special person...but i rather not consider my self as Special..this article i get it from http://mistribikerz.multiply.com/journal/item/25 mengenai bayi bungkus...

dari kecik i've been told this story...from my mother..how hard to gave birth to me...

org2 tua pun de cakap baby lahir dlm sarung ni budak bertuah...i dunno la bertuah dr segi mana..tak pun "bertuah"

then i saje2 search..not much information about it...

my personal point of view...it did difference from other kid la...

proud of it :)



BAYI BUNGKUS

Cerita-cerita penglipur lara dalam sastera rakyat banyak menceritakan tentang keitimewaan seseorang anak semenjak dalam kandungan si ibu lagi. Perkara-perkara luarbiasa yang diceritakan selalunya merupakan keanehan, pelik dan tidak masuk akal sama sekali. Mungkin pemikiran masyarakat zaman itu masih boleh menerima kejadian-kejadian ganjil yang dialami oleh seseorang anak raja dan menganggapnya sebagai keajaiban luar biasa yang hanya terdapat pada golongan berdarah bangsawan.

Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, keajaibannya sudah terserlah tatkala masih dalam kandungan ibunya. Ibunya, Si Helang Bakau mengidam makanan yang pelik iaitu daging pelanduk putih jantan mengandung dan ikan terubuk jantan mengarang telur. Awang Sulung Merah Muda hanya dilahirkan semasa kandungan genap berusia 12 bulan diikuti dengan peristiwa-peristiwa pelik yang mengiring kelahirannya.

Dalam Hikayat Bongsu Pinang Peribut ada tersebut, “Apabila genap bulannya maka sakitlah suri itu hendak bersalin, dua hari dua malam menjerit seperti helang tersangkut…genap saatnya maka:

Air pun bah sampai ke kaki kota

Dan turunlah rebut yang kencang

Kilat, halilintar sabung menyabung

Masa itulah berputera permaisuri

Budak melancar

Kena ke lantai, lantai roboh

Kena ke gelegar, gelegar patah

Langsung ke tanah

Pokoknya, wira-wira yang diceritakan dalam cerita-cerita penglipur lara lahir dalam keadaan yang istimewa. Biasanya, si ibu disertai tanda-tanda kesakitan dan kelebihan, dalam suasana alam yang hebat dengan hujan ribut petir sabung menyabung atau dalam keadaan alam yang tenang dan nyaman diterangi bulan purnama. Adakalanya, si wira lahir bersama kembar. Kembar itu boleh menjadi senjata sakti mahupun binatang-binatang sakti yang akan membantunya di masa hadapan. Apa yang dapat kita simpulkan ialah, kelahiran seseorang anak yang luarbiasa itu menunjukkan anak itu adalah insan terpilih dan mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang-orang kebanyakan.

Di alam realiti ini, masih ramai yang percaya kelahiran anak yang luarbiasa itu ada kaitannya dengan keistimewaan pada si anak. Kembar binatang atau kembar senjata mungkin hanya dongeng namun kelahiran bayi yang masih dalam bungkusan sarung (placenta) benar-benar berlaku.

Kalau diikut pada hukum alam, sekiranya bayi itu hendak dilahirkan oleh si ibu, secara otomatik kepala bayi akan memecahkan sarung itu sambil memecahkan air ketuban yang berada di dalam sarung itu. Dari sudut Sains juga sukar untuk menjelaskan fenomena ini. Hakikatnya, kejadian ini tetap berlaku. Ada segelintir masyarakat Melayu percaya bahawa ‘bayi bungkus’ sebenarnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Menurut Pak Hussein, 67 tahun, seorang dukun pengubatan tradisional di Pulau Penyengat Tanjung Pinang, ‘bayi bungkus’ adalah bayi yang istimewa. Sejak zaman dahulu, bayi sebegini akan dijaga dengan baik. Sarung yang melekat pada si bayi akan disimpan, tidak ditanam dengan uri dan tembuni seperti biasa. Apabila anak itu sudah akil baligh, sarung itu harus direbus dan airnya diberi minum si anak. Anak itu akan menjadi kebal dan mempunyai keberanian yang luar biasa.

Mak Nor, 80 tahun, bidan kampung di pulau penyengat turut mengakui bahawa ‘bayi bungkus’ mempunyai keistimewaan luarbiasa yang akan hanya diketahui setelah anak itu dewasa. Sepatutnya, sarung itu harus disimpan untuk digunakan dalam pengubatan tradisional untuk membantu orang lain.

Nenek Masitah, 78 tahun, bidan kampung bertauliah dari Pontian Kecil Johor, mengatakan bahawa ‘bayi bungkus’ memang unik daripada anak-anak lain. ‘Bayi bungkus’ ini diberikan keistimewaan oleh Allah iaitu kepandaian serta kemahiran yang luar biasa. Rezeki ‘bayi bungkus’ memang selalu murah dan disayangi orang ramai. Hanya Tuhan yang tahu segala-galanya.

Mak Saripah, 67 tahun, tukang urut dan pembuat jamu serta pengubatan tradisional dari Ayer Keroh Melaka pula mengatakan bahawa ‘bayi bungkus’ dianugerahkan kemahiran semulajadi pada jari jemarinya. Sekiranya dia menyentuh sesuatu, hasilnya akan menjadi bagus. Sekiranya dia belajar sesuatu, dia akan cepat mahir dalam bidang itu. Sentuhannya pada orang yang sedang marah atau dalam keadaan tertekan akan membuat orang itu lemah dan lembut hati.

Mak Siti, 72 tahun, seorang tukang urut dari Pasir Gudang Johor pula mengatakan bahawa bayi yang dilahirkan masih berbungkus itu harus digigit sarungnya. Sarung itu tidak boleh dibuka dengan menggunakan alat-alat yang tajam. Rasionalnya tidak diketahui tetapi kata Mak Siti, gigitan pada sarung itu samalah seperti petua kita menggigit kasut baru. Maksudnya, anak itu terlalu istimewa sehingga keistimewaan itu boleh membuat ibu bapanya susah tetapi kesusahan itu boleh dielakkan sekiranya kita menggigit sarung itu dahulu. Jangan pula sampai tergigit si bayi.

Kesimpulannya, masih ada orang Melayu percaya kepada unsur-unsur yang pelik pada bayi sebagai keajaiban yang istimewa. Padahal, semua yang berlaku itu kehendak Tuhan. Yang perlu kita akui, setiap bayi itu memang mempunyai keistimewaannya tersendiri.


2 comments:

asyukri7 said...

Sarung itu tidak boleh dibuka dengan menggunakan alat-alat yang tajam. Rasionalnya tidak diketahui tetapi kata Mak Siti, gigitan pada sarung itu samalah seperti petua kita menggigit kasut baru.

Noor Hasnah Adam said...

Saya juga bayi yang dilahirkan dalam bungkusan.
Sebab itulah saya buat kajian tentang ini dari sudut pandangan dunia Melayu..dan menulis mengenainya. Terima kasih kerana berkongsi di sini..